Isnin, 21 Julai 2008

Bahagia

Rumahtangga yang aman dan bahagia amat di impikan setiap insan tetapi tidak semua golongan dapat menikmatinya. Hanya segelintir insan sahaja yang mampu menikmatinya. Walaupun begitu setiap orang dapat merasainya cuma dalam keadaan yang berbeza ada yang menikmatinya ketika mereka kecil dan apabila berumahtangga sebaliknya yang terjadi rumahtangga yang porak peranda. Sementara satu golongan yang lain pula tidak menikmatinya ketika kecil tetapi apabila berumahtangga mereka mengecapi hidup berumahtangga yang sungguh bahagia hingga orang ada di sekeliling mereka merasa cemburu dengan kebahagiaan yang di kecapi mereka. Ada yang lain pula , langsung tidak menikmatinya baik sewaktu kecil mahupun setelah berumahtangga dan satu golongan lagi menikmatinya baik ketika kecil mahupun setelah berumahtangga. Walau apapun kita tergolong dalam mana-mana kategori itu semua adalah suratan Illahi . Pasti ada sebab mengapa Ia jadikan keadaan sedemikian. Yang pastinya jangan kita terleka dan lalai dalam mengerjakan amalannya. Bukan kerana Ia tidak memberi kita kebahagiaan Ia tak sayangkan kita tetapi itu menunjukkan betapa Dia terlalu menyayangi kita hingga kita di beri ujian sedemikian rupa yang pastinya akan ada ganjaran atas setiap dugaan yang di berikan dan ganjaran di berikan berdasarkan keredhaan kita terhadap setiap dugaan yang di turunkan dan bagaimana kita menghadapinya .

Tiada ulasan: