Isnin, 21 Julai 2008
Perubatan traditional
Hidup kita tidak dapat lari dari perubatan traditional. Walaupun kita sudah semakin maju tetapi perubatan traditional sudah sebati dengan jiwa kita. Sejak nenekmoyang kita lagi perubatan traditional adalah pilihan yang utama selain perubatan moden. Ini kerana, ada sesetengah penyakit tidak mampu di ubati menggunakan perubatan moden dan perubatan traditional adalah langkah alternatif untuk memulihkan penyakit tersebut. Antara penyakit yang memerlukan kita menggunakan perubatan traditional adalah gangguan makhluk halus, penyakit-penyakit tertentu seperti sawan nangis, perut kembung , wanita bersalin dan buatan ahli-ahli sihir atau pengamal ilmu hitam serta banyak lagi penyakit yang tidak dapat di ubati dengan perubatan moden. Walau apapun yang kita pilih , pilihlah dengan kewarasan kita sebagai manusia terutama sekali kita yang sebagai orang Islam jangan sampai kita tersimpang jauh dari ajaran agama Islam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan